Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah dan syukur kerana ada kesempatan lagi untuk berkongsi kepada pembaca tentang buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman hasil tulisan tuan Wahi Abd Rashid. Di dalam buku ini penulis menceritakan bagaimana beliau berjaya mendapatkan pinjaman bank bernilai RM2.7 Juta tanpa penjamin, cagaran dan kertas kerja.
Pada saya buku ini memang terbaik kerana penulis berjaya menerangkan teknik yang digunakan dengan bahasa yang santai dan mudah difahami. Memang tak rugi membeli buku ini. Insya Allah saya akan cuba teknik yang beliau kongsikan secara perlahan-lahan. Keterbatasan ruang dan masa yang menjadi cabaran. Apa pun kepada yang berminat boleh klik link berikut untuk maklumat lanjut --> http://www.rahsiapinjaman.com/hop.php?ref=armi
Selasa, 8 April 2014
Ahad, 6 April 2014
ZAKAT FORMULA ILAHI
Usai menunaikan yang fardu aku terpandang senaskah buletin yang menarik minat aku, berkenaan zakat. Moga ilmu ini dapat manfaat bersama kepada yang sudi membaca.
"Soalan: Saya pernah terdengar bahawa ada orang yang menyatakan, bahawa zakat itu adalah formula untuk menggandakan harta, yang dijamin Allah SWT. Saya kurang memahami apakah maksudnya, dan mohon pencerahan ustaz? Terima kasih.
Jawapan: Izinkan saya memulakan jawapan dengan mengemukakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepda Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan bergaanda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah) Allah jualah Yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan," (Al Baqarah:245).
Syariat zakat yang difardukan pada tahun 2 hijrah, adalah suatu manifestasi unggul dalam konteks keseimbangan harta dan kekayaan dalam Islam. Ini kerana, tiada larangan dalam Islam terhadap keterujaan kita mengumpulkan harta kekayaan. Sebaliknya Allah SWT menggalakkan pula, seperti mana gesaan Allah: "Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia (rezeki, kekayaan) Allah," (Al Jum'ah: 10).
Memiliki harta kekayaan juga mampu memotivasikan kita untuk terus hidup. Firman Allah SWT lagi: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga)," (Ali Imran:14).
Kita tidak perlu risau, kerana kekayaan umat Islam akan diimbangi oleh Allah SWT dengan perintah berzakat. Perintah yang bersifat rukun ini, jika dipatuhi maka akan melahirkan si kaya yang taat dan terpuji akhlaknya. Memiliki harta yang suci, berkat, berkembang dan paling penting akhlak yang terpuji. Yakni. sesuai dengan makna zakat daripada sudut bahasa (literasi) yang bermaksud bersih, suci, berkembang dan terpuji.
Saya ingin bertanya, siapakah yang menentukan 2.5 peratus daripada jumlah harta kekayaan kita yang perlu dizakatkan? Siapakah yang menetapkan nilai 85 gram emas sebagai takaran bandingan nisab kekayaan umat Islam? Siapakah pula yang mensyaratkan genap masa setahun (haul) sebagai julat masa minimum kekayaan umat? Siapakah yang suka-suka menyatakan pabila haiwan ternakan kita sudah cukup 40 ekor, maka seekor daripadanya wajib dizakatkan? Siapa pula yang pandai-pandai menetapkan berat biji-bijian 1,306 tan metrik adalah nilai wajib zakat?
Semua persoalan di atas, jawapannya Allah SWT yang tetapkan. Melalui lidah yang amat fasih lagi barakah Rasulullah SAW, maka digariskan formula demi formula bagi tujuan keseimbangan kita dalam berharta. Formula yang menatijahkan keberkatan yang lestari sifatnya. Maka, tidak salah lagi bagi kita menyatakan, inilah dia formula bestari kurniaan Ilahi, kerana matematik Allah SWT ini bersifat mapan, atau 'established' kata orang zaman ini. Ia valid sepanjang zaman, setiap keadaan dan di mana jua.
Formula matematik Ilahi ini memang terkadang tidak nampak rasionalnya pada mata kasar. Jika matematik duniawi, 6 - 1 = 5. Tapi matematik Ilahi, enam rukun iman jika salah satu daripadanya diragui, maka jawapannya kosong. 6 - 1 = 0! Begitu juga, lima rukun Islam tapi satu ditolak, misalnya pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a ada yang mengingkari fardu zakat, maka jawapannya kosong. 5 - 1 = 0! Inilah matematik Ilahi. Ia bercanggah dengan logik akal. Ia mencabar pemikiran leteral yang terasuh sejak kecil.
Dalam konteks zakat, Allah SWT menyatakan 2.5 peratus sudah cukup bagi menjamin keberkatan harta. Nilai 2.5 peratus ini zahirnya amat kecil. Jika di dalam kocek kita ada RM1,000.00, maka nilai zakat kita hanyalah RM25.00! Kecil bukan? Tetapi, nilai yang kecil ini yang jika diibaratkan sejuring kek yang kecil itulah kelak akan memberikan penambahan kepada harta kita. Lebih tidak logik pada akal, Allah SWT menjamin setiap satu sen yang dizakatkan, akan dibalas dengan nilai tujuh kali ganda, 100 kali ganda, 700 kali ganda bahkan ada yang tidak terhitung lagi nilai gandaannya.
Mari kita lihat jaminan pulangan Allah SWT yang menggunapakai formula matematik Ilahi.
Firman Allah SWT: "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah (zakat, sedekah dan lain-lain) adalah seumpama dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui," (Al Baqarah:261).
Lihat, Allah SWT menjanjikan satu dibalas tujuh, kemudian digandakan lagi kepada tujuh ratus! Maknanya, matematik Illahi adalah matematik luar biasa, formula yang mencarik adat manusia lagi sangat ajaib sifatnya.
Begitu juga seperti mana yang disebutkan oleh Nabi Muhammad saw: "Semua amal anak adam a.s dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda; kecuali ibadah puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah SWT dan Dia akan terus memberikan pahala kepada sekalian (yang mengerjakan)," (Riwayat Muslim).
Sekali lagi, bukankah Allah SWT menjamin balasan yang tidak terjangkau dek pemikiran kita. Inilah unik dan ajaibnya formula Ilahi , satu amalan diganda berkali-kali, hingga tidak terhitung lagi.
Kesimpulannya. tidak syak lagi, zakat adalah formula ketetapan Ilahi bagi menjamin kehidupan manusia sendiri. Maka, beruntunglah bagi mereka yang mengaplikasikan formula ini di dalam kehidupan, sedang merugilah mereka yang sering menangguh-nangguhkan amalan ini. Oleh itu, bersegeralah kita kerana di sisi Allah SWT, hanya mereka yang berlumba-lumba ke arah kebaikan itulah manusia pilihan." - sumbar MNews.
Nota: Jawapan disediakan oleh Ustaz Hamizul Abdul Hamid, Eksekutif Komunikasi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) dan sebarang kemusykilan boleh diemelkan kepada hamizul@e-zakat.com.my atau layari www.e-zakat.com.my atau http://blog.e-zakat.com.my/ untuk maklumat lanjut.
Langgan:
Catatan (Atom)