Pages1

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat hari Guru

Selamat Hari Guru


Jasa guru/cikgu/murabbi/ustaz/ustazah/prof/lecturer dan pelbagai lagi panggilan kepada guru adalah terlalu besar. Dengan izin Allah setiap tunjuk ajar para guru kepada kita telah menjadikan kita sebagai insan yang berguna sehingga ke hari ini. Berguna dan berjaya dalam pelbagai bidang mahupun ia kecil atau besar. 

Saya melihat jasa yang lebih besar kepada kita ialah kedua ibubapa kita. Kenapa? Merekalah guru kepada kita semenjak di dalam kandungan lagi hinggalah ke alam dewasa dan beranak-pinak. Malah mereka juga menjadi guru kepada anak-anak kita. Mengajar erti kehidupan, mengajar cara makan, merangkak, berjalan, berlari dan banyak lagi. Besarnya jasa 'guru' kepada kita. 

Tidak dinafikan juga, jasa guru-guru di sekolah atau institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka juga siapalah kita sekarang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
jasamu hanya Allah mampu membalasnya.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Selamat hari guru buat semua guru yang pernah mengajar aku hingga menjadi orang yang berguna. Jasamu hanya Allah membalasnya